USAHAWAN & MAHIR MASAK NORAZIMAH BINTI YUSOFF
| Nama | : Norazimah Binti Yusoff |
| Umur | : 50 Tahun |
| Ahli | : 2024 |
Latar belakang
Puan Azimah merupakan seorang pengusaha gerai nasi lemak dan nasi tomato yang diusahakan dari rumah beliau yang terletak bertentangan dengan SMK Parit Panjang. Perniagaan ini dimulakan dengan penuh kesungguhan sebagai inisiatif untuk menambah pendapatan keluarga serta membantu meringankan beban kewangan suami. Berbekalkan minat yang mendalam dalam bidang masakan serta komitmen yang tinggi, Puan Azimah sentiasa berusaha menyediakan hidangan yang berkualiti dan menepati cita rasa pelanggan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum terlibat dengan program NADI dan penggunaan teknologi ICT, perniagaan Puan Azimah hanya tertumpu kepada jualan di sekitar kawasan kediaman beliau sahaja. Beliau tidak mempunyai sebarang bahan pemasaran dan sepenuhnya bergantung kepada pelanggan tetap serta promosi secara lisan dari mulut ke mulut. Kekangan pengetahuan dalam pemasaran digital serta penggunaan teknologi menyebabkan potensi perniagaan beliau tidak dapat dikembangkan secara menyeluruh dan capaian pelanggan amat terhad.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah menyertai beberapa bengkel keusahawanan serta menerima bimbingan berterusan daripada petugas NADI, Puan Azimah mula memanfaatkan teknologi digital dalam pengurusan dan pemasaran perniagaannya. Beliau telah menggunakan platform WhatsApp dan Facebook sebagai medium utama untuk mempromosikan produk jualan kepada pelanggan yang lebih luas. Melalui pendedahan dan latihan yang diberikan, beliau berjaya mempelajari cara menghasilkan bahan pemasaran yang lebih menarik, menulis kapsyen promosi yang berkesan serta mengurus tempahan pelanggan dengan lebih teratur, sistematik dan efisien.
Bukan itu sahaja, Puan Azimah turut mengambil peluang untuk menyertai Bengkel Mahir Masak yang dianjurkan di NADI. Melalui bengkel ini, beliau memperoleh pengetahuan baharu berkaitan teknik penyediaan makanan yang lebih berkesan, amalan kebersihan dan pengendalian makanan yang betul, serta idea variasi menu yang lebih kreatif dan inovatif. Ilmu dan kemahiran yang diperoleh telah membantu meningkatkan kualiti rasa, penyediaan serta persembahan nasi lemak dan nasi tomato jualannya, sekali gus meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap produk yang ditawarkan.
Hasil daripada penglibatan aktif dan berterusan dalam program-program NADI, perniagaan Puan Azimah kini menunjukkan perkembangan yang amat memberangsangkan. Jualan produk beliau bukan sahaja meningkat, malah telah meluas ke kawasan Parit Panjang dan sekitarnya. Jumlah pelanggan semakin bertambah dan pendapatan yang diperoleh juga semakin menggalakkan. Kejayaan ini jelas membuktikan bahawa penggunaan ICT, digabungkan dengan peningkatan kemahiran dan bimbingan yang berterusan, mampu menjadi pemangkin kepada kejayaan serta kelestarian usahawan kecil setempat.