mcmc
Kisah Kejayaan

Q4-2024-CELIK IT-IFWAT HASIF BIN IZANEE

CELIK IT IFWAT HASIF BIN IZANEE

Nama: Ifwat Hasif Bin Izanee
Umur: 19 Tahun
Ahli: 2024

Latar belakang

Ifwat telah berdaftar untuk menyertai kelas asas komputer di NADI Taman Cengal Emas. Tujuan utama beliau mendaftarkan diri sebagai ahli NADI adalah untuk mendalami ilmu penggunaan ICT. Ifwat telah menyertai kelas asas komputer Microsoft Office Word dan Power Point serta aplikasi CANVA.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang penggunaan komputer lebih-lebih lagi Microsoft Office mahupun penggunakan aplikasi CANVA.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah beliau menyertai kelas asas komputer yang diadakan di NADI Taman Cengal Emas, beliau telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office. Beliau amat menyukai aplikasi CANVA kerana beliau bebas menggunakan aplikasi untuk mereka cipta poster dan mengedit gambar. Beliau juga telah menyertai taklimat NADI Mahir dan berminat untuk menyertai kelas Mahir Menjahit yang akan berlangsung pada bulan Februari 2025.