E-SPORT [MLBB] TRASH TEAM
| Nama Kumpulan | : Trash Team |
| Ketua Kumpulan | : Muhammad Ajmal Fareez Bin Azlan Fariza |
| Pencapaian | : Johan MLBB negeri Kedah serta wakil NADI negeri Kedah ke Peringkat Kebangsaan MLBB Musim Pertama 2024 |
Latar belakang
Trash Team terdiri daripada lima (5) orang ahli iaitu Muhammad Ajmal Fareez Bin Azlan Fariza selaku Ketua Kumpulan, Muhammad Zaim Haikal Bin Zairudin, Muhammad Afif Danieal Bin Muhammad Noor Azimie, Muhammad Asyraf Bin Saiful Nizam dan Muhammad Adam Bin Hasnizam, serta seorang pemain simpanan iaitu Mohammad Danish Bin Mohd Shafie. Mereka merupakan pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang mewakili NADI Taman Cengal Emas bagi Musim Pertama 2024.
Sebelum terlibat program NADI
Sebelum terlibat dalam pertandingan dan program yang dianjurkan oleh pihak NADI, Trash Team hanya bermain di peringkat sekolah sebagai aktiviti mengisi masa lapang dan menghilangkan kebosanan, tanpa pendedahan kepada latihan berstruktur atau pertandingan berskala lebih besar.
Selepas penglibatan program NADI
Selepas menyertai pelbagai program E-Sport anjuran NADI seperti sesi podcast dan aktiviti pembangunan bakat, minat Trash Team terhadap bidang E-Sport semakin berkembang. Mereka mula memberi fokus kepada peningkatan kemahiran dan strategi permainan Mobile Legends secara lebih serius sehingga berjaya mewakili NADI Negeri Kedah ke peringkat kebangsaan, sekali gus membuka peluang untuk menceburi bidang E-Sport secara profesional.