mcmc
Kisah Kejayaan

Q3-2025-CELIK IT & DILEA-MUHAMMAD ERFAN SHAMIL BIN MOHD SHUKOR

CELIK IT & DILEA MUHAMMAD ERFAN SHAMIL BIN MOHD SHUKOR

Nama: Muhammad Erfan Shamil Bin Mohd Shukor
Umur: 15 Tahun
Ahli: 2025

Latar belakang

Erfan merupakan salah seorang peserta yang telah berdaftar untuk menyertai kelas asas komputer di NADI Taman Cengal Emas. Tujuan utama beliau mendaftarkan diri sebagai ahli NADI adalah untuk mendalami ilmu berkaitan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) selaras dengan keperluan pembelajaran masa kini. Sepanjang penglibatan di NADI, Erfan telah menyertai kelas asas komputer yang meliputi penggunaan Microsoft Office Word, PowerPoint serta aplikasi reka bentuk CANVA. Selain itu, beliau juga merupakan peserta Guidance Tuition Tingkatan 4 Tahun 2026 yang dianjurkan di NADI Taman Cengal Emas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum menyertai kelas dan program di NADI, Erfan tidak mempunyai pengetahuan asas berkaitan penggunaan komputer. Beliau juga tidak terdedah kepada penggunaan perisian Microsoft Office serta tidak pernah menggunakan aplikasi CANVA, sekali gus menghadkan kemahiran beliau dalam menyiapkan tugasan yang memerlukan penggunaan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas mengikuti kelas asas komputer yang dianjurkan di NADI Taman Cengal Emas, Erfan menunjukkan peningkatan kemahiran yang sangat memberangsangkan. Beliau kini telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office, khususnya Word dan PowerPoint, bagi tujuan pembelajaran. Erfan turut menunjukkan minat yang tinggi terhadap aplikasi CANVA kerana aplikasi ini memberi ruang kepada beliau untuk meneroka kreativiti melalui aktiviti mereka cipta poster dan mengedit gambar.

Walaupun masih baharu dalam bidang ICT, Erfan merupakan seorang peserta yang fokus, berdisiplin dan cepat memahami setiap pembelajaran yang diberikan. Selain itu, beliau juga aktif menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan oleh NADI Taman Cengal Emas, antaranya pertandingan mereka cipta poster serta pertandingan Mobile Legends, di mana kumpulan beliau telah berjaya meraih tempat ketiga. Penglibatan aktif ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran ICT beliau, malah turut membina keyakinan diri dan semangat berdaya saing.