mcmc
Kisah Kejayaan

Q3-2024-USAHAWAN-NURHAN SYAHMI HAKIM BIN NORANI

USAHAWAN NURHAN SYAHMI HAKIM BIN NORANI

Nama : Nurhan Syahmi Hakim Bin Norani
Umur : 22 Tahun
Ahli : 2022

Latar belakang

Nurhan merupakan anak muda yang berwawasan. Beliau berminat di dalam bidang perniagaan sejak di bangku sekolah lagi. Beliau bermula dengan menjadi dropship bagi produk penggayaan rambut. Semasa PKP, beliau telah menjadi penggaya rambut untuk keluarga serta jiran-jiran terdekat sahaja. Setelah habis PKP, perkhidmatan penggayaan rambut beliau semakin berkembang kepada kawasan sekitar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Perniagaan beliau hanya tertumpu di kawasan kampung dan sekitar sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah beliau menyertai kelas keusahawanan di NADI Taman Cengal Emas, beliau telah membuka kedai beliau di Pekan Bukit Selambau, dan kedai beliau lebih dikenali sebagai Syah Barber Shop. Pelanggan beliau tidak hanya dari kawasan sekitar sahaja, malah pelanggan beliau datang dari luar kawasan penempatan beliau. Pendapatan beliau semakin meningkat. Perniagaan juga semakin maju.