mcmc
Kisah Kejayaan

Q2-2025-CELIK IT-MINTRA A/P SIPUT

CELIK IT MINTRA A/P SIPUT

Nama: Mintra A/P Siput
Umur: 16 Tahun
Ahli: 2024

Latar belakang

Mintra telah berdaftar untuk menyertai kelas asas komputer di NADI Taman Cengal Emas bersama rakan-rakannya yang lain. Tujuan utama mereka mendaftarkan diri sebagai ahli NADI adalah untuk menyertai Kelas DiLea Tingkatan 4 dan Program Khas yang diadakan secara atas talian. Mintra telah didaftarkan sebagai salah seorang peserta NADI-Nurture DiLea (Live Class Tingkatan 4 2025). Walaupun begitu, Mintra tetap memberi komitmen sepenuhnya untuk menyertai kelas asas komputer yang diadakan di NADI Taman Cengal Emas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang penggunaan komputer lebih-lebih lagi Microsoft Office mahupun penggunakan aplikasi CANVA.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah beliau menyertai kelas asas komputer yang diadakan di NADI Taman Cengal Emas, beliau telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office. Beliau amat menyukai aplikasi CANVA kerana beliau bebas menggunakan aplikasi untuk mereka cipta poster dan mengedit gambar.