CELIK IT NOR HANIZA BINTI HASSAN
Nama | : Nor Haniza Binti Hassan |
Umur | : 26 Tahun |
Ahli | : 2024 |
Latar belakang
Niza telah berdaftar untuk menyertai kelas asas komputer di NADI Taman Cengal Emas. Tujuan utama beliau mendaftarkan diri sebagai ahli NADI adalah untuk mendalami ilmu penggunaan ICT. Niza telah menyertai kelas asas komputer Microsoft Office Word dan Power Point serta aplikasi CANVA bersama anak saudaranya Afiqah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang penggunaan komputer lebih-lebih lagi Microsoft Office mahupun penggunakan aplikasi CANVA.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah beliau menyertai kelas asas komputer yang diadakan di NADI Taman Cengal Emas, beliau telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office. Beliau amat menyukai aplikasi CANVA kerana beliau bebas menggunakan aplikasi untuk mereka cipta poster dan mengedit gambar.