| Tarikh | : 07.10.2025 |
| Masa | : 02.00 petang– 07.00 petang |
| Lokasi | : 7 Eleven Parit Panjang |
| Peserta | : 22 orang |
Tujuan:
Meningkatkan kesedaran peserta tentang bahaya dan kesan buli siber dalam kalangan pengguna internet. Program ini bertujuan untuk mendidik peserta agar lebih beretika dan bertanggungjawab ketika berinteraksi di alam maya. Selain itu, kuiz ini juga berfungsi sebagai platform pembelajaran interaktif bagi menguji pengetahuan peserta mengenai keselamatan digital serta menggalakkan sikap prihatin dan saling menghormati dalam penggunaan media sosial.
Aktiviti:
- Peserta mengimbas kod QR yang disediakan oleh petugas
- Peserta menjawab soalan berkaitan keselamatan internet dan cara menangani buli siber melalui platform digital.
- Peserta memeriksa skor markah kuiz