mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI BULAN OKTOBER 2025:GOVERNMENT INITIATIVE (MEMPERKENALKAN BUDI RON95)

Tarikh: 07.10.2025
Masa: 01.00 petang – 01.15 petang
Lokasi: 7 Eleven Parit Panjang
Peserta: 2 orang

Tujuan :

Tujuan program Government Initiative (Memperkenalkan BUDI RON95) adalah untuk memberi penerangan kepada masyarakat mengenai inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat menghadapi kos sara hidup melalui program subsidi bersasar. Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman peserta tentang objektif dan manfaat BUDI95, iaitu bantuan yang diberikan kepada golongan yang layak bagi meringankan beban perbelanjaan bahan api. Selain itu, sesi ini juga bertujuan menggalakkan orang ramai mendaftar dan memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan secara lebih efisien dan telus.

Aktiviti:

  1. Petugas ke premis perniagaan yang berdekatan NADI untuk memberikan penerangan tentang Governement Initiative
  2. Petugas memberi penerangan tentang subsidi minyak
  3. Petugas membantu komuniti untuk menggunakan touch N go e-wallet untuk penebusan subsidi

Gambar di sini