| Tarikh | : 11.10.2025 |
| Masa | : 11.30 pagi – 12.30 tengahari |
| Lokasi | : NADI Taman Cengal Emas / Google Meet |
| Peserta | : 3 orang |
Tujuan :
Tujuan bengkel ini ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah menengah tentang teknologi Internet of Things (IoT) dan cara mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Bengkel ini juga bertujuan menggalakkan pelajar:
- Menguasai asas pengaturcaraan dan sambungan peranti pintar.
- Mengembangkan pemikiran kreatif dan inovatif dalam mencipta projek berasaskan IoT.
- Meningkatkan minat terhadap bidang STEM dan teknologi masa depan.
- Membina kemahiran menyelesaikan masalah dan kerja berpasukan melalui aktiviti hands-on yang menyeronokkan.
Aktiviti:
- Pengenalan kepada konsep IoT dan contoh aplikasi sebenar.
- Penerangan asas tentang sambungan peranti pintar (sensor & pengawal mikro).
- Sesi soal jawab dan perkongsian idea inovasi masa depan.