mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI BULAN OGOS 2025 :TAKLIMAT KEMPEN INTERNET SELAMAT BERSAMA PELAJAR SK KUALA KETIL

Tarikh: 26.08.2025
Masa: 09.00 pagi – 11.15 pagi
Lokasi: SK Kuala Ketil
Peserta  : 115 orang

Tujuan:

  1. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan penggunaan internet secara beretika dan selamat.
  2. Mendidik pelajar mengenai risiko jenayah siber seperti penipuan, buli siber, dan pencerobohan privasi.
  3. Membimbing pelajar mengenali ciri-ciri maklumat palsu serta cara mengesahkan kesahihan sumber.
  4. Menggalakkan amalan keselamatan digital seperti penggunaan kata laluan yang kukuh dan privasi akaun media sosial.
  5. Menanam nilai tanggungjawab dalam menggunakan teknologi untuk kebaikan dan pembelajaran.

Aktiviti:

  1. Sesi Penerangan & Ceramah – Penerangan mengenai risiko dan kepentingan keselamatan digital.
  2. Kuiz Interaktif – Menguji pengetahuan pelajar tentang keselamatan internet dan maklumat palsu.
  3. Perkongsian Kisah Benar – Contoh kes buli siber, penipuan dalam talian, atau jenayah siber untuk meningkatkan kesedaran.
  4. Aktiviti Simulasi – Latihan mengenal pasti pautan berbahaya atau berita palsu.
  5. Sesi Soal Jawab – Ruang pelajar bertanya tentang isu atau masalah berkaitan penggunaan internet.

Gambar di sini