Tarikh | : 24.05.2025 |
Masa | : 03.00 petang – 04.00 petang |
Lokasi | : NADI Taman Cengal Emas |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan :
Pelan perniagaan dan kewangan sangat penting untuk membantu usahawan cilik merancang dan mengurus perniagaan kecil mereka dengan lebih teratur. Melalui pelan perniagaan, mereka dapat menetapkan arah dan matlamat perniagaan, mengenal pasti produk yang ingin dijual serta memahami siapa pelanggan sasaran mereka. Di samping itu, mereka juga dapat merancang operasi harian perniagaan dan belajar membina keyakinan serta sikap bertanggungjawab.
Manakala pelan kewangan pula membantu usahawan cilik mengurus modal dengan bijak, mengenal pasti kos yang terlibat dan mengira keuntungan atau kerugian. Mereka juga dapat memahami perbezaan antara perbelanjaan dan hasil jualan. Melalui perancangan kewangan yang baik, mereka akan lebih bersedia untuk membuat keputusan yang bijak dalam menjalankan perniagaan.
Aktiviti :
- Peserta log in website KidVenture yang telah dicipta.
- Peserta menonton video di website sehingga habis bagi melengkapkan modul.