| Tarikh | : 06.02.2026 |
| Masa | : 09.30 pagi – 10.30 pagi |
| Lokasi | : NADI Taman Cengal Emas |
| Peserta | : 1 orang |
Tujuan:
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran kepada peserta dalam menyediakan surat rasmi yang betul, kemas dan beretika menggunakan aplikasi ICT, khususnya perisian pemprosesan kata. Peserta akan mempelajari format surat rasmi yang standard, penggunaan bahasa yang tepat serta teknik penyuntingan dokumen bagi meningkatkan kualiti penulisan dan kecekapan urusan pentadbiran, akademik dan profesional.
Aktiviti:
- Pengenalan tentang komputer dan ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology).
- Taklimat ringkas serta cara penggunaan Microsoft Word.
- Peserta diberi latihan untuk menaip surat rasmi mengikut format yang telah ditetapkan.
- Peserta diberi bimbingan untuk menyiapkan latihan.
- Sesi soal jawab.
- Bersurai.