Tarikh | : 24.04.2025 |
Masa | : 3.30 petang – 4.30 petang |
Lokasi | : NADI Taman Cengal Emas / Google Meet |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan:
Meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan melindungi data peribadi dalam dunia digital yang semakin berkembang. Program ini bertujuan memberi pendedahan tentang risiko penyalahgunaan maklumat, teknik perlindungan data yang selamat, serta tanggungjawab pengguna dalam mengurus privasi secara bijak. Selain itu, webinar ini juga berperanan memperkukuh budaya celik digital dan keselamatan siber, sejajar dengan usaha mewujudkan komuniti yang lebih peka dan bertanggungjawab terhadap keselamatan maklumat peribadi.
Aktiviti:
- Sesi pendaftaran peserta melalui link yang diberi.
- Taklimat daripada Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib (Pensyarah Universiti Utara Malaysia)
- Sesi soal jawab.
- Bersurai.