MAHIR MASAK SITI SALMIAH BINTI OTHMAN
| Nama | : Siti Salmiah Binti Othman |
| Umur | : 55 Tahun |
| Ahli | : 2025 |
Latar belakang
Puan Salmiah merupakan seorang suri rumah yang mempunyai minat mendalam dalam bidang masakan. Minat tersebut mendorong beliau untuk menyertai kursus mahir masak bagi menambah pengetahuan, memperhalusi teknik memasak serta meningkatkan keyakinan diri dalam menyediakan pelbagai jenis hidangan.
Sebelum penglibatan program NADI
Sebelum menyertai program NADI, Puan Salmiah tidak mempunyai kemahiran memasak dan kurang yakin untuk menyediakan hidangan sendiri. Kebanyakan masakan harian bergantung kepada cara yang sangat asas.
Selepas penglibatan program NADI
Selepas menyertai program NADI, Puan Salmiah menunjukkan perubahan yang sangat ketara. Melalui kursus dan bimbingan yang diikuti, beliau kini mahir memasak pelbagai jenis hidangan dengan teknik yang betul dan tersusun. Keyakinan diri semakin meningkat, dan memasak tidak lagi menjadi cabaran, sebaliknya bertukar menjadi satu kemahiran baharu yang menyeronokkan dan bermanfaat dalam kehidupan seharian.