mcmc
Produk Tempatan

Produk Usahawan Donut Ketagih

Pada hari ini, perusahaan Donat begitu pesat sekali sehingga lahirlah francais-francais berasaskan donat seperti Dunkin’ Donuts, Big Apple Donuts, J. Co Donuts, Donut King dan banyak lagi. Dengan kepelbagaian bentuk, warna dan pilihan rasa menjadikan donat antara makanan yg digemari diseluruh dunia ketika ini lebih-lebih lagi kanak-kanak.

Antara donat yang mudah ditemui dikawasan luar bandar seperti kawasan Parit Panjang ialah donat gula, donat susu, dan donat coklat. Tetapi terdapat juga donat yang sempat viral baru-baru ini iaitu donat red velvet.

Usahawan Encik Asrul, telah menjalankan perniagaannya sejak tahun 2017 sehingga kini, telah membuka kedai “Donut Ketagih” di bulatan Parit Panjang yang mengambil masa 2 minit sahaja dari PEDi Taman Cengal Emas dengan berjalan kaki ke kedainya di bulatan Parit Panjang.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga dapat memilih topping yang mereka inginkan di kedai “Donut Ketagih”. Antaranya, oreo, kacang, koko rice, strawberry, cappucino, whitechoc dan tiramisu.

Gambar produk di sini