mcmc
Kisah Kejayaan

Q2-2025-CELIK IT-NOR ADILAH BINTI MOKHTAR

CELIK IT NOR ADILAH BINTI MOKHTAR

Nama: Nor Adilah Binti Mokhtar
Umur: 39 Tahun
Ahli: 2024

Latar belakang

Puan Adilah telah berdaftar untuk menyertai kelas keusahawanan di NADI Taman Cengal Emas. Tujuan utama beliau mendaftarkan diri sebagai ahli NADI adalah untuk mendalami ilmu penggunaan ICT. Puan Adilah telah menyertai kelas keusahawanan seperti Bengkel Shopee & TikTok serta aplikasi CANVA.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau hanya mempunyai ilmu asas penggunaan aplikasi Shopee dan TikTok serta kurang mahir menggunakan aplikasi CANVA.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah beliau menyertai kelas keusahawanan yang diadakan di NADI Taman Cengal Emas, beliau telah mahir menggunakan aplikasi Shopee, Tiktok serta CANVA. Beliau amat menyukai aplikasi CANVA kerana beliau bebas menggunakan aplikasi tersebut untuk menghasilkan bahan pemasaran beliau di laman sosial. Puan Adilah juga telah menyertai Bengkel Mahir Foto di NADI Taman Cengal Emas.