mcmc
Kisah Kejayaan

Q1-2025-CELIK IT-NUR AFIQAH BINTI MOHAMAD SYHIDDIN

CELIK IT NUR AFIQAH BINTI MOHAMAD SYHIDDIN

Nama: Nur Afiqah Binti Mohamad Syhiddin
Umur: 13 Tahun
Ahli: 2024

Latar belakang

Afiqah telah didaftarkan untuk menyertai kelas asas komputer di NADI Taman Cengal Emas oleh ibunya. Tujuan utama ibu Afiqah mendaftarkan anaknya sebagai ahli NADI adalah supaya anaknya tidak terlepas mengikuti kelas asas komputer. Afiqah telah menyertai kelas asas komputer Microsoft Office Word dan Power Point serta aplikasi CANVA bersama ibu saudaranya Haniza.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang penggunaan komputer lebih-lebih lagi Microsoft Office mahupun penggunakan aplikasi CANVA.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah beliau menyertai kelas asas komputer yang diadakan di NADI Taman Cengal Emas, beliau telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office. Beliau amat menyukai aplikasi CANVA kerana beliau bebas menggunakan aplikasi untuk mereka cipta poster dan mengedit gambar.