mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI BULAN MEI 2025 : NADI X TINY TECHIES

Tarikh: 17.05.2025
Masa: 10.00 pagi – 04.30 petang
Lokasi : NADI Taman Cengal Emas
Peserta  : 2 orang

Tujuan Bengkel SQL :

Memperkenalkan peserta kepada asas pengendalian pangkalan data menggunakan Structured Query Language (SQL), termasuk arahan seperti SELECT, INSERT, UPDATE, dan DELETE. Peserta akan mempelajari cara menapis, menggabung dan menganalisis data secara efektif, serta membina kemahiran menyelesaikan masalah melalui latihan praktikal yang berasaskan situasi sebenar.

Aktiviti Bengkel SQL :

  1. Pengenalan kepada SQL dan Pangkalan Data
  2. Arahan SQL Asas
  3. Penggunaan Operator dan Fungsi
  4. Pengurusan Pelbagai Jadual
  5. Pengenalan kepada SQL Lanjutan

Tujuan Program Mentor Sesi 4 :

Meningkatkan minat dan literasi teknologi awal kanak-kanak melalui pembelajaran interaktif dan kreatif. Ia membimbing mereka dalam meneroka teknologi, mengasah pemikiran kritis, serta menyelesaikan masalah menggunakan konsep STEM. Selain itu, program ini mewujudkan ekosistem pembelajaran kolaboratif antara mentor dan mentee, sekaligus menyediakan asas bagi masa depan mereka dalam bidang teknologi dan inovasi.

Aktiviti Program Mentor Sesi 4 :

  1. Sesi monitoring Tiny Techies bersama mentor
  2. Kuiz Kahoot

Gambar di sini