mcmc
Kisah Kejayaan

Q1-2025-CELIK IT-NURUL ATHILAH BINTI MOHD SHARIL AZUAN

CELIK IT NURUL ATHILAH BINTI MOHD SHARIL AZUAN

Nama: Nurul Athilah Binti Mohd Sharil Azuan
Umur: 17 Tahun
Ahli: 2023

Latar belakang

Athilah telah berdaftar untuk menyertai kelas asas komputer di NADI Taman Cengal Emas. Tujuan utama beliau mendaftarkan diri sebagai ahli NADI adalah untuk mendalami ilmu penggunaan ICT. Athilah telah menyertai kelas asas komputer Microsoft Office Word dan Power Point serta aplikasi CANVA.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang penggunaan komputer lebih-lebih lagi Microsoft Office mahupun penggunakan aplikasi CANVA.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah beliau menyertai kelas asas komputer yang diadakan di NADI Taman Cengal Emas, beliau telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office. Beliau amat menyukai aplikasi CANVA kerana beliau bebas menggunakan aplikasi untuk mereka cipta poster dan mengedit gambar. Beliau juga merupakan salah seorang peserta NADI-Nurture DiLea (Program Khas) NADI Taman Cengal Emas.