mcmc
Kisah Kejayaan

Q4-2024-CELIK IT-HARIZ AMSYAR BIN JEFFRY

CELIK IT HARIZ AMSYAR BIN JEFFRY

Nama : Hariz Amsyar Bin Jeffry
Umur : 16 Tahun
Ahli : 2024

Latar belakang

Hariz telah berdaftar untuk menyertai kelas asas komputer di NADI Taman Cengal Emas. Tujuan utama beliau mendaftarkan diri sebagai ahli NADI adalah untuk mendalami ilmu penggunaan ICT. Hariz telah menyertai kelas asas komputer Microsoft Office Word dan Power Point serta aplikasi CANVA.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang penggunaan komputer lebih-lebih lagi Microsoft Office mahupun penggunakan aplikasi CANVA.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah beliau menyertai kelas asas komputer yang diadakan di NADI Taman Cengal Emas, beliau telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office. Beliau amat menyukai aplikasi CANVA kerana beliau bebas menggunakan aplikasi untuk mereka cipta poster dan mengedit gambar. Beliau merupakan seorang yang fokus dan cepat belajar walaupun baru mempelajarinya. Selain itu, Hariz aktif dalam menyertai pertandingan yang diadakan di NADI Taman Cengal Emas antaranya pertandingan mereka cipta kereta kincir (tempat ketiga) serta pertandingan Mobile Legends (tempat ketiga).