CELIK IT NURUL JANNAH BINTI ROSAGAN
Nama | : Nurul Jannah Binti Rosagan |
Umur | : 16 Tahun |
Ahli | : 2024 |
Latar belakang
Jannah telah mendaftar sebagai ahli NADI Taman Cengal Emas bersama rakan-rakan kelasnya. Tujuan utama Jannah mendaftarkan diri adalah untuk mendalami ilmu penggunaan ICT. Jannah telah menyertai kelas asas komputer Microsoft Office Word dan Power Point serta aplikasi CANVA.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Beliau mempunyai pengetahuan asas tentang penggunaan komputer tetapi tidak mahir menggunakan Microsoft Office serta tidak mempunyai pengalaman menggunakan aplikasi CANVA.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah beliau menyertai kelas asas komputer yang diadakan di NADI Taman Cengal Emas, beliau lebih mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office serta CANVA. Beliau juga dapat membentangkan slide yang disediakan olehnya dengan sangat yakin dan sempurna. Beliau merupakan seorang yang cepat belajar dan suka bersaing. Beliau juga mahir menggunakan aplikasi CANVA dan dapat melaksanakan tugasan yang diberi dengan baik dan sempurna. Di samping itu, beliau juga melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru Sejarah dengan menggunakan aplikasi CANVA dan mendapat pujian atas tugasannya.