Tarikh | : 05.08.2025 |
Masa | : 11.15 pagi – 13.15 petang |
Lokasi | : SK Seri Bayu |
Peserta | : 46 orang |
Tujuan Taklimat Kempen Internet Selamat kepada Sekolah Rendah adalah untuk memberi kesedaran awal kepada murid tentang penggunaan internet secara berhemah dan selamat. Ia bertujuan mendidik murid agar tidak mudah terpengaruh dengan kandungan negatif, menjaga maklumat peribadi, serta mengenali bahaya siber seperti buli dalam talian, penipuan, dan penyamaran identiti. Selain itu, taklimat ini juga menggalakkan murid untuk menggunakan internet sebagai medium pembelajaran yang positif dan bermanfaat.
Aktiviti:
- Pengenalan & Ice-breaking
- Penerangan mudah dan interaktif tentang keselamatan internet
- Menjalankan aktiviti bersama peserta
- Penyampaian Cenderamata / Sijil Penyertaan
- Bersurai